Bismillahirrahmaanirrahim.....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Tergerak hati nak menulis hari, alang2 internet laju.. (kat library fakulti..)
Teringat semalam apabila berbual bersama dengan kawan sebilik. Pada awalnya, lepas berbuka puasa, banyak lah cerita yang dikongsi pasal itu, dan pasal ini.. Hanya ketawa memecah kesunyian bilik yang dihuni oleh dua orang rakan baik itu.. huhu
Tiba suatu ketika, entah macam mana terkeluar topik yang sangat menyentuh perasaan, lebih2 lagi bagi kita seorang yang bergelar muslim. Topik yang membincangkan kisah perjuangan kekasih kita pada zaman dahulu dalam usaha menyebarkan Islam sehingga sampai kepada kita hingga ke hari ini..
Rasulullah SAW telah dilempar batu, diugut bunuh, ditawarkan dengan harta dan kekayaan yang sememangnya kita pasti akan kalah jika iman didada tidak kuat. Tiba2 terasa mata berair menegenangkan kisah yang tak terperi sakitnya itu, dibenci manusia sekeliling kerana kebenaran yang dibawa tidak mematahkan semangat baginda untuk terus berdakwah menyabarkan kasih sayang Allah pada kita.. Kalau baca disini, memang takkan ada rasa. Untuk lebih merasai perjuangan baginda, selalu2lah kita membaca sirah2 baginda dan para sahabat, moga dengan itu dapat menambahkan lagi kecintaan dan kekaguman kita terhadap baginda SAW.. Haha, itu saja nak kongsi.. ini cuma satu peringatan untuk diri sendiri yang selalu lupa.. kalau ianya menjadi kebaikan, ia adalah satu bonus. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment