Tuesday, 31 December 2013

"Dakwah Itu Cinta"


Sekian lama ku di jalan ini,
Bermacam karenah ku temui,
Bermacam ujian ku lalui,
Bermacam akhwat ku kenali,
Namun itu semua bukan bererti,
Ku kan berhenti setakat ini..

Selagi nikmat hidup masih ada,
Selagi itulah ku kan berusaha,
Bersama akhwat sahabat tercinta,
Mencari redha Yang Maha Esa...

Meski nampak lain di pandangan,
Tak bermakna kami jauh dari ajaran,
Asingnya Islam sewaktu permulaan,
Begitulah jua di pengakhiran...

Pandangan Allah kami harapkan,
Pandangan insan kami ketepikan,
Pelbagai perasaan kami pedulikan,
Demi mentarbiyah sahabat seperjuangan..

dUHAI aKHWATKu.....



Saat tarbiyah datang menjemputku
Saat itulah aku mengenali dirimu
Akhlakmu indah seputih salju
Yang membuat aku berasa malu

Kaulah saudara se-Islamku
Yang tidak kenal erti jemu
Demi menyampaikan dakwah Rasulmu
Serta memikul amanah Rabmu

Suatu hari yang penuh syahdu
Bakal merubah seluruh hidupku
Suara merdu datang menyeru
Untuk kembali pada Yang Satu

Bibit ukhuwah mula bertamu
Menggembirakan hati setiap tetamu
Tidak kira murobbiyah atau mad'u
Di mata Allah, taqwa penentu

Saat perpisahan berlaku
Ku tahu pasti akan bertemu
Di medan dakwah, di medan ilmu
Hanya antunna yang dirindu
Duhai akhwatku.....

p/s:

_Buat halaqahmate dan murobbiyah tersayang....._

*Tarbiyah amat penting untukku,
*Tanpanya ku jauh dariMu,
*Sudah lama tidak bertemu,
*Saudara sehalaqah bersama diseru,

*Berjuang berkorban menuntut ilmu,
*Tak lupa juga melawan nafsu
*Rasa rindu telah bertamu,
*Halaqah bersama murobbiyah yang di rindu.......

Luahan hati seorang yang dahagakan bimbingan....

Salam salam salam...

waaaaahhhhh....
da lame x menulis disini....
sedang menghadapi hari2 yang sukar disini...

merindui rumah yang sudah lame tidak terlihat oleh mata ini... tapi aku masih lagi mensyukuri nikmat yang tidak henti2 diberi oleh Allah SWT...Subhanallah...syukur sgt2 smpi x tersyukur lagi dah...
Astaghfirullahal'azim...
kena sentiasa bersyukur....
Pabila mendengar ade yang pergi menghadap Illahi, mengingatkan diri ini kepada yang sudah tiada..
juga mengingatkan diri ini betapa dekatnya diriku ini kepada kematian..MashaAllah...
sudah cukupkah persediaan menuju alam seterusnya?????

Hmm...hanya mampu mengeluh jea....

Haishhh....lepas mengeluh, pastu buat ape???

X buat pape??

Dah tahu amal xcukup, bukannya nak tambah...!!!
pegi sikitkan lagi tu kenapa???

Hmm..sedarlah wahai hati yang masih lena dalam buaian keindahan dunia...

Sedar..sedar..dan sedarlahhh...

Kita sebagai DAI'E.....besar tanggungjawabmu....

Wahhhh...'extreme'nya...pegi berdakwah..
pada hal maksudnya mengajak orang buat kebaikan jea pun....
hmm...umat Islam zaman sekarang ni..termasuk diri ini jugak laa...

YA ALLAH....BERIKANLAH KAMI KEKUATAN BERADA DI JALAN INI YA ALLAH....
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MEMBOLAK BALIKKAN HATI KAMI YA ALLAH....JANGAN ENGKAU JADIKAN KAMI INSAN YANG DIGANTI, TAPI JADIKANLAH KAMI ORANG2 YANG MENGGANTIKAN YANG LAIN..AMINNN..YA RBBAL 'ALAMIN...

Tuesday, 8 October 2013

LOVE...LOVE...LOVE..

_THE BEST LOVE IS WHEN YOU LOVE ALLAH MORE THAN EVERYTHING_
...MAY ALLAH EASE OUR LIFE NOW AND HEREAFTER,,,INSYAALLAH..AMIN..

Saturday, 18 May 2013

copy paste from (..........)...sbb I agree!!!

Dear future husband,

Saya tahu awak pasti seorang lelaki yang baik Allah hadirkan buat saya suatu hari nanti. Cuma satu yang saya minta, jika awak sayangkan saya, jangan pernah buat saya lalai dengan cinta awak. muliakan wali saya, jauhi diri saya. hanya dekati diri saya dengan jalan yang Allah redha. wanita mana yang akan menolak pinangan seorang lelaki soleh yang tinggi harga dirinya? tapi sebelum itu, persiapkan diri awak sebelum kita berjumpa. timbalah ilmu dunia dan agama. jadilah seorang lelaki yang soleh kerana di sini saya juga sedang berusaha menjadi seorang yang solehah.

bakal kekasihku, jika awak sayangkan bakal isteri awak sampai syurga, jaga hati awak dari mencintai mana mana wanita yang bukan isteri awak kerana saya juga sedang memelihara rindu dan cinta ini hanya buat awak.

sincerely,
your future wife (insyaAllah)

Tuesday, 12 February 2013

Doa seorang anak yang merindui kasih ayahandanya....

....Ayah, di kedinginan malam sunyi..terkenang daku akan pemergianmu..dibuai kenangan manis walaupun hanya seketika bersamamu..disiram segar subur kasih penuh rindu...mengiringi pemergianmu..ayah, sejuta keampunan ku pinta darimu..buat penghapus dosa insan kerdil ini..buat menebus kekurangan melayani hayatmu..buat melunas hutang jiwa seorang anak terhadap ayah..oh ayah, ku tinggalkan jasadmu di kuburan ini..namun izinkan aku membawa pulang kasih sayangmu..izinkan ku bawa bersama semangat dan doamu..izinkan aku pulang berbekal keampunan an redhamu ayah..doakanlah aku ayah..agar bersemangat..menyambung amal ibadahmu..berbekal akal, ilmu dan iman..yang engkau ajarkan dulu..Ya Tuhan...ku titip jasad ayah untuk dikau rahmati..ku pinjam jiwa kental dan kasih sayang ayah buat bekal hidup yang berbaki..ku rayu keampunanMu segala dosanya Ya Rabbi..hidayahkanlah apa saja untuk ku menebus dosa ayahanda..biar nyawa, harta dan jiwa ini jadi galang gantinya..janganlah kau siksa dia wahai Tuhan..aku pohon, aku rayu setulus jiwaku..rahmatilah, kasihanilah dia..sepertimana dia mengasihani aku sejak kecil..Ya Allah Ya Tuhanku..aku berpegang pada janjiMu, janji RasulMu..izinkan aku menyambung amal ayah..izinkan aku memenuhi tawaran janjiMu..demi ayahku....

AL-FATIHAH UNTUKMU AYAH...AL-FATIHAH...
_tIBE-TIBE TERINGAT ARWAh_

Tuesday, 29 January 2013

Antara tanda-tanda seseorang itu telah jatuh cinta & amat cinta kepada Allah ialah;



1) Suka bermunajat, suka membaca al-Quran & mendirikan solat sunat.

2) Sabar kepada perkara yang tidak disukai serta sabar dalam mensyukuri nikmat-nikmat Allah.

3) Mengutamakan perkara yang dicintai Allah & meninggalkan perkara yang dibenci oleh Allah.
4) Selalu mengingati Allah dengan berzikir. Hatinya rasa bergetar & air matanya berlinang kerana berasa terlalu dekat dengan Allah.
5) Memiliki rasa cemburu yang tinggi. Rasa marah ketika orang lain melanggar perkara yang dilarang oleh Allah kerana sewenang-wenangnya mereka ingkar kepadaNya.
6) Redha pada takdir yang Allah tetapkan, serta meyakini, setiap kejadian pasti ada hikmah terbaik di sebaliknya.
7) Selalu berada dalam perasaan takut & berharap supaya Allah menerima kelemahan & kekurangannya dalam beribadah kepadaNya.

Kerana cintaNya Allah kepada kita, Allah menciptakan semua manusia dengan fitrah hati yang diisi dengan cinta. Oleh itu, timbullah perasaan untuk mencintai & dicintai. 

Allah mengingatkan kita dalam surat cintaNya yang ke-3; Ali-Imran, ayat 14;

"Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada perkara yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak & sawah ladang. Itu adalah kesenangan dunia & di sisi Allah tempat kembali yang lebih baik, iaitu syurga."

Aku Hanya Mahukan CINTA dariMU Ya ALLAH....

Aku bukanlah Bidadari...
Yang turun dari syurga untuk kau nikahi..

Aku tak sempurna,
melainkan penuh dengan lumuran dosa..

Aku tak cantik,
secantik para idola zaman sekarang yang mementingkan penampilan..

Aku tak moden,
semoden para wanita lainnya yang elegan dalam bergaya..

Aku tak seksi,
seseksi para remaja sekarang mengikuti trend zaman..
kerana aku bukan mereka..

Aku tidaklah sempurna, hanya akan berusaha untuk mencapai kesempurnaan..
Yang sederhana dengan apa yang dipunya..

Yang tak seindah bidadari di syurga..
Yang tak sekaya dan semulia ibunda Khadijah ..
Yang tak secerdas dan setaqwa ibunda Aisyah..
Yang tak sesabar dan selembut ibunda Fatimah..
Ataupun Secantik Zulaikha...

Aku bukanlah wanita sempurna....
Sungguh tak sempurna...
Namun aku akan belajar dari mereka..

Aku hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menginginkan peribadi lebih baik..

Peribadi yang belajar makna zuhud..
Peribadi yang mengharap keradhaanNya..
Peribadi yang hanya mementingkan pandanganNya..
Peribadi yang mengharapkan cinta kasihNya..
Peribadi yang sederhana..

Kerana aku bukanlah bidadari yang engkau dambakan..
Aku hanyalah wanita sederhana...

Monday, 21 January 2013

balik kampung???????

Assalamualaikum...syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara di atas muka bumi Allah ini...hmmm......dalam dilemma..nk balik ke x....nk blik ke x....hadoi...tp td bila call ma dia ckp xpyh blik laa kut...nnti klu cuti kejap, blik rumah nnti buat penat jea...btul jgak kate ma tu...hmmm...miss her so much!!!anyway, nak kongsi ayat drpd surah Al-An'am.ayt 160...barangsiapa berbuat kebaikanmendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya...Dan barangsiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya..Mereka sedikit pun tidak dirugikan...Haa!!!nampak x dekat situ Allah bgtau...ini menunjukkan bahawa Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Pengampun kpd hamba2Nya...so, kita sbagai hambaNya kena la bersyukur...kita niat jea nk buat baik, terus dapat pahala...tp kalau niat nak buat jahat, belum dpt dosa lagi..kalau la Allah buat mcm yg niat nak buat baik td...mau x bnyknya dosa kita...yg dah ade ni pun xlarat nk tanggung...kadang2 manusia ni xtau nk bersyukur dgn nikmat yg Allah bagi...Astaghfirullahal'azim...Ya Allah, bimbinglah hambaMu ini ke jalan yang benar...apa yang baik dlm diri kami, kekalkanlah..ape yang buruk dlm diri kami, keluarkanlah...Hanya kepadaMu kami sembah, Hanya kepadaMu kami minta pertolongan..Amin Ya Rabbal 'Alamin.......

_pERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGAk_

Friday, 18 January 2013

Jika engkau menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu...Surah Muhammad..ayat ke-7

Ini bermakna....kalau kita nak buat sesuatu di jalan Allah, kita kena ikhlas dan niat kerana Allah...sentiasa betulkan niat bila nak buat 'something'.....memang diakui susah untuk buat sesuatu betul-betul kerana Allah..tapi setidak-tidaknya kita mencuba untuk buat berlandaskan kepada Allah..sesungguhnya Allah tidak menilai hasil daripada apa yang kita lakukan, tapi Dia melihat usaha kita...bermakna sekecil mana pun usaha yang kita taburkan kerana Allah, akan dinilai disisi Allah SWT...insyaAllah..so, tak kira sekecil mana pun kebaikan yang kita lakukan, pasti akan di catit oleh malaikat...dan ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita...dan Dia sentiasa mengawasi gerak geri hamba-hambaNya..dengan ini, kita akan sentiasa berwaspada untuk melakukan sesuatu perkara sama ada baik mahupun tidak..dan sentiasalah berdoa kepadaNya kerana Allah merindukan rintihan hamba-hambaNya yang meminta an berharap kepadaNya...Hanya pada Engkau kami sembah, hanya pada Engkau kami meminta pertolongan..

_pERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGAk_