Tuesday, 29 January 2013

Antara tanda-tanda seseorang itu telah jatuh cinta & amat cinta kepada Allah ialah;



1) Suka bermunajat, suka membaca al-Quran & mendirikan solat sunat.

2) Sabar kepada perkara yang tidak disukai serta sabar dalam mensyukuri nikmat-nikmat Allah.

3) Mengutamakan perkara yang dicintai Allah & meninggalkan perkara yang dibenci oleh Allah.
4) Selalu mengingati Allah dengan berzikir. Hatinya rasa bergetar & air matanya berlinang kerana berasa terlalu dekat dengan Allah.
5) Memiliki rasa cemburu yang tinggi. Rasa marah ketika orang lain melanggar perkara yang dilarang oleh Allah kerana sewenang-wenangnya mereka ingkar kepadaNya.
6) Redha pada takdir yang Allah tetapkan, serta meyakini, setiap kejadian pasti ada hikmah terbaik di sebaliknya.
7) Selalu berada dalam perasaan takut & berharap supaya Allah menerima kelemahan & kekurangannya dalam beribadah kepadaNya.

Kerana cintaNya Allah kepada kita, Allah menciptakan semua manusia dengan fitrah hati yang diisi dengan cinta. Oleh itu, timbullah perasaan untuk mencintai & dicintai. 

Allah mengingatkan kita dalam surat cintaNya yang ke-3; Ali-Imran, ayat 14;

"Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada perkara yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak & sawah ladang. Itu adalah kesenangan dunia & di sisi Allah tempat kembali yang lebih baik, iaitu syurga."

Aku Hanya Mahukan CINTA dariMU Ya ALLAH....

Aku bukanlah Bidadari...
Yang turun dari syurga untuk kau nikahi..

Aku tak sempurna,
melainkan penuh dengan lumuran dosa..

Aku tak cantik,
secantik para idola zaman sekarang yang mementingkan penampilan..

Aku tak moden,
semoden para wanita lainnya yang elegan dalam bergaya..

Aku tak seksi,
seseksi para remaja sekarang mengikuti trend zaman..
kerana aku bukan mereka..

Aku tidaklah sempurna, hanya akan berusaha untuk mencapai kesempurnaan..
Yang sederhana dengan apa yang dipunya..

Yang tak seindah bidadari di syurga..
Yang tak sekaya dan semulia ibunda Khadijah ..
Yang tak secerdas dan setaqwa ibunda Aisyah..
Yang tak sesabar dan selembut ibunda Fatimah..
Ataupun Secantik Zulaikha...

Aku bukanlah wanita sempurna....
Sungguh tak sempurna...
Namun aku akan belajar dari mereka..

Aku hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menginginkan peribadi lebih baik..

Peribadi yang belajar makna zuhud..
Peribadi yang mengharap keradhaanNya..
Peribadi yang hanya mementingkan pandanganNya..
Peribadi yang mengharapkan cinta kasihNya..
Peribadi yang sederhana..

Kerana aku bukanlah bidadari yang engkau dambakan..
Aku hanyalah wanita sederhana...

Monday, 21 January 2013

balik kampung???????

Assalamualaikum...syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara di atas muka bumi Allah ini...hmmm......dalam dilemma..nk balik ke x....nk blik ke x....hadoi...tp td bila call ma dia ckp xpyh blik laa kut...nnti klu cuti kejap, blik rumah nnti buat penat jea...btul jgak kate ma tu...hmmm...miss her so much!!!anyway, nak kongsi ayat drpd surah Al-An'am.ayt 160...barangsiapa berbuat kebaikanmendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya...Dan barangsiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya..Mereka sedikit pun tidak dirugikan...Haa!!!nampak x dekat situ Allah bgtau...ini menunjukkan bahawa Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Pengampun kpd hamba2Nya...so, kita sbagai hambaNya kena la bersyukur...kita niat jea nk buat baik, terus dapat pahala...tp kalau niat nak buat jahat, belum dpt dosa lagi..kalau la Allah buat mcm yg niat nak buat baik td...mau x bnyknya dosa kita...yg dah ade ni pun xlarat nk tanggung...kadang2 manusia ni xtau nk bersyukur dgn nikmat yg Allah bagi...Astaghfirullahal'azim...Ya Allah, bimbinglah hambaMu ini ke jalan yang benar...apa yang baik dlm diri kami, kekalkanlah..ape yang buruk dlm diri kami, keluarkanlah...Hanya kepadaMu kami sembah, Hanya kepadaMu kami minta pertolongan..Amin Ya Rabbal 'Alamin.......

_pERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGAk_

Friday, 18 January 2013

Jika engkau menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu...Surah Muhammad..ayat ke-7

Ini bermakna....kalau kita nak buat sesuatu di jalan Allah, kita kena ikhlas dan niat kerana Allah...sentiasa betulkan niat bila nak buat 'something'.....memang diakui susah untuk buat sesuatu betul-betul kerana Allah..tapi setidak-tidaknya kita mencuba untuk buat berlandaskan kepada Allah..sesungguhnya Allah tidak menilai hasil daripada apa yang kita lakukan, tapi Dia melihat usaha kita...bermakna sekecil mana pun usaha yang kita taburkan kerana Allah, akan dinilai disisi Allah SWT...insyaAllah..so, tak kira sekecil mana pun kebaikan yang kita lakukan, pasti akan di catit oleh malaikat...dan ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita...dan Dia sentiasa mengawasi gerak geri hamba-hambaNya..dengan ini, kita akan sentiasa berwaspada untuk melakukan sesuatu perkara sama ada baik mahupun tidak..dan sentiasalah berdoa kepadaNya kerana Allah merindukan rintihan hamba-hambaNya yang meminta an berharap kepadaNya...Hanya pada Engkau kami sembah, hanya pada Engkau kami meminta pertolongan..

_pERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGAk_