Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman
dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka
bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah,
katanya:
“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan
ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.”
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan
yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang
bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku
kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati
manusia..
Imam Al-Syafie turut meminta
kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan
membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama
baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap
belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya.
Berpisah dengannya bererti istirehat.”
Dalam hati masih ada kesabaran buat
kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang
engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap
tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya
cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan
pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan
memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya
menjadi rahsia.
| Add caption |