Aku Hanya Mahukan CINTA dariMU Ya ALLAH....
Aku bukanlah Bidadari...
Yang turun dari syurga untuk kau nikahi..
Aku tak sempurna,
melainkan penuh dengan lumuran dosa..
Aku tak cantik,
secantik para idola zaman sekarang yang mementingkan penampilan..
Aku tak moden,
semoden para wanita lainnya yang elegan dalam bergaya..
Aku tak seksi,
seseksi para remaja sekarang mengikuti trend zaman..
kerana aku bukan mereka..
Aku tidaklah sempurna, hanya akan berusaha untuk mencapai kesempurnaan..
Yang sederhana dengan apa yang dipunya..
Yang tak seindah bidadari di syurga..
Yang tak sekaya dan semulia ibunda Khadijah ..
Yang tak secerdas dan setaqwa ibunda Aisyah..
Yang tak sesabar dan selembut ibunda Fatimah..
Ataupun Secantik Zulaikha...
Aku bukanlah wanita sempurna....
Sungguh tak sempurna...
Namun aku akan belajar dari mereka..
Aku hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menginginkan peribadi lebih baik..
Peribadi yang belajar makna zuhud..
Peribadi yang mengharap keradhaanNya..
Peribadi yang hanya mementingkan pandanganNya..
Peribadi yang mengharapkan cinta kasihNya..
Peribadi yang sederhana..
Kerana aku bukanlah bidadari yang engkau dambakan..
Aku hanyalah wanita sederhana...
No comments:
Post a Comment