Bismillahirrahmanirrahim.....
Daie,
Adalah satu perkataan yang amat
besar ertinya buat kita
Kerana bila sekali kita mengaku
sebagai daie
Selamanya kita akan diuji
Diuji dgn pelbagai cabaran, diuji
dgn pelbagai masalah
Masalah diri, masalah itu,
masalah ini,
Namun perkataan inilah yang
memberi kita kekuatan
Kekuatan yang didasari asbab
kerana Allah..
Jangan risau ukhti..!
Memang selamanya engkau akan
diuji
Namun akan sampai satu tahap,
sehingga Allah menghadiahkan
SYAHID untukmu..
Daie,
Betapa berat tanggungjawab ini,
Ya, berat..memang berat...
Sebab syurga itu, mahal..
Sedangkan kita masih lagi
kekurangan riyal untuk membeli syurga
Kerana itu kita disini,
Meninggalkan segala kemahuan
nafsu mahupun perasaan
Tapi ana tertanya-tanya
Kenapa kita..ramai lagi org yg
mampu, kuat, kaya, berpelajaran di luar
sana?????
Kenapa kita yg serba kekurangan
ini juga dipilih..???
Kerana Rasulullah juga bukanlah
org yang kaya,
Kerana Rasulullah juga bukanlah
org yang berpelajaran
Dan kerana kitalah umat Nabi
Muhammad SAW.....
dulu,
kini
dan selamanya.
HIJJAZ [Ke Dalam Diri] : Ya Rabbul ‘izzati,kembalikan aku ke
dalam diriku semula agar dapat untuk bersuara lafaz taubat nasuha..ku
bimbangkan seandainya tiada lagi buatku suatu hari menjelma, bernama esok, ku
ragui seandainya tiada sempat untukku menghirupi bayu, walau sehela Cuma..
No comments:
Post a Comment